HOME

Bermula 1 Ogos 2008, Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia atau Malaysian Quarantine and Inspection Services (MAQIS) telah memulakan operasi kawalan import dan eksport produk pertanian di semua pintu masuk/keluar negara.

MAQIS berperanan sebagai badan tunggal dalam segala urusan kuarantin dan pemeriksaan import dan eksport bagi tumbuhan, haiwan, unggas, karkas, ikan, keluaran pertanian dan juga makanan, di mana sebelum ini dikendalikan oleh Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Walaubagaimana pun untuk masa ini, fungsi kawalan makanan masih di bawah kawalan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Pengarah
Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS),
(Malaysian Quarantine and Inspection Services)
Aras 7, Blok 4G2, Wisma Tani,
30, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62624 Putrajaya.

Tel: 03-8870 4030
Faks: 03-8890 2910